"Welcome to Try - Againz, semoga artikel yang ada di sini bermanfaat untuk anda semua"

Sabtu, 22 Mei 2010

Siksa bagi orang yang meninggalkan shalat

Para sahabat bertanyakan,apakah seksa yg didapatinya semasa di dunia,jawab Nabi saw:

1.Hilang berkat umurnya(hidupnya Cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka)

2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupon ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya

3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya

4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja islam,batinnya MUNAFIQ)

5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain2)tidak memperolehi pahala

6.Doanya tertolak



~Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”

~Kemudian bertanya lagi para sahabat,’Ya Rasulullah,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?”



JAWAB RASULULLAH SAW:

1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan)

2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yg sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar)

3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yg ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu.



Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yg meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan & berkuku daripada besi,lain dari yg lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yg berat.Ia kan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yg bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku utk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat dan berbangkit kelak(Naudzu billahi min dzalik).





Adapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yg menyeksanya yg padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yg meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik & disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang & malaikat yg menghelanya itu berteriak-teriak katanya-“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yg difardhukan.”Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yg bernama “Saqar”.

Kedua dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya & bagi mereka yg meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat & pedih.Ketiga nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya





Baik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yg terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yg salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang.

Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan & dikapani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yg hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba2 kapan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yg berada di samping mayat takjub & kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik & bertanya & semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali.

Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan & mengurai ikatan kapannya sambil yg lain2 sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kapan si mayat sudah terbuka.dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kapan menyebulungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yg hadir di sana menyuruh diambil kayu utk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya & menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.”

Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa & kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yg menyebabkannya diseksa.1.ia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan & tidak ai kepergian menunaikan solat dengan berjemaah.2.ianya enggan mngeluarkan zakat hrtanya.3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa”



Demikianlah menurut kisahnya yg terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya..Barangkali kisah yg diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya.



“BERSEGERALAH BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar